
Selepas kemunculan pelbagai kamera yang merentasi dunia teknologi, muncul lagi sebuah kamera yang seakan kamera SLR. Kamera yang mempunyai pelbagai fungsi dan kebolehan ini di beri nama DSLR. Tanpa menggunakan filem dan penggunaan tidak terhad.





Perkembangan kamera terus berlanjutan, dan Jacques Daguerre merupakan salah seorang yang berperanan dalam perkembangan teknologi kamera. Daguerre di lahirkan pada tahun 1787 di Cormeilles di Perancis Utara. Semasa masih muda, beliau merupakan seorang seniman. Apabila berumur 30-an, beliau mendapat satu idea apabila beliau mempamerkan hasil lukisan pemandanganya dengan bantuan kesan cahaya. Beliau berasa tertarik apabila melihat perkembangan satu mekanisma yang menyebabkan beliau ingin menghasilkan lagi satu lukisan yang sama tanpa perlu melukis dan mewarnakan semula. Erti kata lainya beliau ingin lukisan di buat secara outomatik sahaja. Beliau merasakan ini mungkin terjadi dengan bantuan kamera.